Thursday, August 20, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Monday, July 13, 2009
Friday, July 3, 2009
wedding cakes
Saturday, February 28, 2009
family day..
Thursday, February 19, 2009
Birthday cake...
Sunday, February 15, 2009
Kek Padang Bola...
Salam semua....
Hari ni atas permintaan sibongsu Haris Iskandar maka Mila buatlah kek ni. Hmm kebetulan gula aising tinggal sedikit jadi buat jelah ala kadar, hari pula teramatlah panasnya sampai semua pun cair.. takpalah nak makan sendiri pun. sebahagian kek tu tak dpt dihias sbb buttercream tak cukup. Kek kat dlmnya adalah African Marble Cake
Sunday, February 8, 2009
Kelas kek
Salam semua...
13 dan 14 hb Disember tahun lepas Mila telah menghadiri kelas kek yg dianjurkan oleh Pn Ayu Yuliana. Masa tu ayu masih tinggal di Bandar kinrara. Khabarnya sekarang Ayu dah berpindah ke Bandar Baru Bangi. Kursus yg Mila ambil itu merangkumi enam jenis hiasan kek dan satu untuk hiasan cookies.
Kek-keknya ialah kek steam buttercream (utk wedding), novelty (utk kanak2), basketweave (hantaran), edible image , Barbie, cupcakes dan fancy cookies. Sayang sekali sewaktu hendak memulakan blog ini kamera yg merakamkan semua kek2 yg dibuat itu mengalami masalah langsung terpadam semua gambar yg diambil termasuklah gambar beberapa tempahan yg diterima... hmm nampaknya Mila terpaksa mintak permission dari Ayu untuk copy gambar dari blog Ayu. Dalam gambar diatas wedding cake dgn roses warna pink tu Mila yg hias, dan yg disebelahnya dihias oleh Kak Alima.
Itulah antara gambar2 kek yg dah dihias, yg tak kelihatan cuma fancy cookies. Jadi kalau ada sapa2 yg berminat hendak menempah blhlah menghubungi Mila ya...
Saturday, February 7, 2009
Jeli Kelapa Muda.....
Salam perkenalan semua...
Tujuan Mila mulakan blog ini adalah untuk meluaskan pasaran produk Mila yg agak baru lagi dipasarkan (he..he mcm gah je bunyinya). Produknya adalah Jeli Kelapa Muda. Jeli ni Mila buat sendiri dengan pertolongan husband. Ianya mengandungi air dan isi kelapa muda. Memang sedap dimakan tika hari panas, maklumlah ianya disejukkan dahulu dalam peti ais....
Haa..kalau ada sapa-sapa yang berminat tu blhlah buat tempahan ya, utk kurang dr 200 RM0.80/pc. Lebih dr 200 RM0.70.. apa2 hal pun blhlah bertanya sekiranya tak pasti. Oh jualan setakat ni tertumpu di sekitar Raub, Lipis dan Bentong. Untuk kawasan lain blh dirunding dan jeli ni memang dibuat setiap hari kecuali jika tiada bekalan kelapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)