Saturday, February 28, 2009

family day..



Salam semua...

Sempena hari keluarga kakitangan Bank Rakyat Cawangan Raub, Pahang saya diminta menyiapkan 2 biji kek hari lahir untuk kakitangan yg terlibat. Kek sememangnya dibuat dlm keadaan kelamkabut dan pening mencari idea.. maklumlah dah tgh malam tapi berjaya juga disiapkan..

Thursday, February 19, 2009

Birthday cake...



Salam...

Kek ini dibuat untuk adik Athirah sakinah. tak tau pulak yg keberapa. Bapanya meminta kek Chocolate moist dengan deco yg simple.. Happy birthday Athirah Sakinah...

marble cake



Salam....

3 biji kek, 2 african marble cake dan 1 kek marble trio di tempah oleh En Zek..

Sunday, February 15, 2009

Kek Padang Bola...


Salam semua....

Hari ni atas permintaan sibongsu Haris Iskandar maka Mila buatlah kek ni. Hmm kebetulan gula aising tinggal sedikit jadi buat jelah ala kadar, hari pula teramatlah panasnya sampai semua pun cair.. takpalah nak makan sendiri pun. sebahagian kek tu tak dpt dihias sbb buttercream tak cukup. Kek kat dlmnya adalah African Marble Cake

Sunday, February 8, 2009

Kelas kek




Salam semua...

13 dan 14 hb Disember tahun lepas Mila telah menghadiri kelas kek yg dianjurkan oleh Pn Ayu Yuliana. Masa tu ayu masih tinggal di Bandar kinrara. Khabarnya sekarang Ayu dah berpindah ke Bandar Baru Bangi. Kursus yg Mila ambil itu merangkumi enam jenis hiasan kek dan satu untuk hiasan cookies.

Kek-keknya ialah kek steam buttercream (utk wedding), novelty (utk kanak2), basketweave (hantaran), edible image , Barbie, cupcakes dan fancy cookies. Sayang sekali sewaktu hendak memulakan blog ini kamera yg merakamkan semua kek2 yg dibuat itu mengalami masalah langsung terpadam semua gambar yg diambil termasuklah gambar beberapa tempahan yg diterima... hmm nampaknya Mila terpaksa mintak permission dari Ayu untuk copy gambar dari blog Ayu. Dalam gambar diatas wedding cake dgn roses warna pink tu Mila yg hias, dan yg disebelahnya dihias oleh Kak Alima.


Itulah antara gambar2 kek yg dah dihias, yg tak kelihatan cuma fancy cookies. Jadi kalau ada sapa2 yg berminat hendak menempah blhlah menghubungi Mila ya...

Saturday, February 7, 2009

Jeli Kelapa Muda.....


Salam perkenalan semua...

Tujuan Mila mulakan blog ini adalah untuk meluaskan pasaran produk Mila yg agak baru lagi dipasarkan (he..he mcm gah je bunyinya). Produknya adalah Jeli Kelapa Muda. Jeli ni Mila buat sendiri dengan pertolongan husband. Ianya mengandungi air dan isi kelapa muda. Memang sedap dimakan tika hari panas, maklumlah ianya disejukkan dahulu dalam peti ais....

Haa..kalau ada sapa-sapa yang berminat tu blhlah buat tempahan ya, utk kurang dr 200 RM0.80/pc. Lebih dr 200 RM0.70.. apa2 hal pun blhlah bertanya sekiranya tak pasti. Oh jualan setakat ni tertumpu di sekitar Raub, Lipis dan Bentong. Untuk kawasan lain blh dirunding dan jeli ni memang dibuat setiap hari kecuali jika tiada bekalan kelapa.