Sunday, February 8, 2009

Kelas kek




Salam semua...

13 dan 14 hb Disember tahun lepas Mila telah menghadiri kelas kek yg dianjurkan oleh Pn Ayu Yuliana. Masa tu ayu masih tinggal di Bandar kinrara. Khabarnya sekarang Ayu dah berpindah ke Bandar Baru Bangi. Kursus yg Mila ambil itu merangkumi enam jenis hiasan kek dan satu untuk hiasan cookies.

Kek-keknya ialah kek steam buttercream (utk wedding), novelty (utk kanak2), basketweave (hantaran), edible image , Barbie, cupcakes dan fancy cookies. Sayang sekali sewaktu hendak memulakan blog ini kamera yg merakamkan semua kek2 yg dibuat itu mengalami masalah langsung terpadam semua gambar yg diambil termasuklah gambar beberapa tempahan yg diterima... hmm nampaknya Mila terpaksa mintak permission dari Ayu untuk copy gambar dari blog Ayu. Dalam gambar diatas wedding cake dgn roses warna pink tu Mila yg hias, dan yg disebelahnya dihias oleh Kak Alima.


Itulah antara gambar2 kek yg dah dihias, yg tak kelihatan cuma fancy cookies. Jadi kalau ada sapa2 yg berminat hendak menempah blhlah menghubungi Mila ya...

No comments:

Post a Comment